No posts.
No posts.

BERSYUKURLAH ATAS NIKMAT YANG MAHA ESA

Segala Puji Bagi Tuhan semesta alam dan selawat dan salam kepada Nabi dan Rasul yang paling mulia, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan keluarga serta para sahabatnya sekalian.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Ertinya : Tidakkah engkau melihat terhadap orang-orang
kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan, iaitu neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan ingatlah, seburuk-buruk tempat tetap ialah Neraka Jahannam. (Ibrahim:28-29);

Dalam satu riwayat yang shahih dari Abdullah Bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma, bahawa orang-orang yang menggantikan nikmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan kekufuran itu adalah orang-orang Quraisy, ketika Rasulullah shallaallahu 'alaihi wasallam tiba kepada mereka, lalu mereka mendustakannya dan tidak mentaatinya;

Bersyukurlah kita di atas kurniaan nkmat yang Allah kurniakan. Nafkahkanlah harta kurniaan Iahi pada jalan keredhaan Ilahi. Nescaya Allah akan membahagiakan kita di dunia dan di akhirat . Contohilah, sahabat yang mulia, Abdur Rahman Bin Auf Radhiyallau 'anhu yang masuk syurga kerana sifat pemurahnya; dan

Faedah-faedah bersyukur:-

Allah akan redha kepadamu, sehingga kamu akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat,

Pada hari Qiamat nanti, Allah akan bertanya kepadamu tentang semua yang kita kecapi hari ini, udara, makan minum, kenderaan dan segala-galanya. Semuanya akan dihisab oleh Allah. Sesungguhnya orang yang bersyukur akan dapat melepasi persoalan tersebut manakala orang-orang yang kufur akan menerima siksa yang amat dasyat,

Seluruh manusia akan mendoakan kebaikan buat orang-orang yang pemurah. Nescaya, Allah akan mencurahkan kedamaian dan ketenteraman buat selama-lamanya.

KELEBIHAN MENDIRIKAN SOLAT

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda "Solat 5 waktu yang didirikan antara jumaat minggu ini dan jumaat akan datang adalah penghapus segala dosa. ia berlaku selama tidak dilakukan dosa-dosa besar, (Hadis Riwayat Muslim).

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kafir terang-terangan, (Hadis Riwayat at-Tabrani).

Abu Hurairah r.a meriwayatkan, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda , ""bayangkan di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai, kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari. Adakah kotoran masih terlekat pada badannya?" para sahabat menjawab, "Tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya, "Baginda bersabda lagi, "Begitu perumpamaan solat lima waktu. Apabila ia dilakukan dengan sempurna, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya, (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Usman Bin Affan r.a meriwayatkan, "Aku pernah mendengar baginda Rasulullah S.A.W bersabda, Muslim yang hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya, lalu dia berwuduk dengan sempurna, kemudian dia solat dengan khusyuk serta sempurna rukuknya. Solatnya itu menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang itu sebelum dia mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya dengan syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya sepanjang masa." (Hadis Riwayat Muslim)

Ummu Habibah ataupun nama sebenarnya Ramlah Binti Abu Sufyan meriwayatkan, 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Muslim yang mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat sehari, dibinakan kepadanya rumah di dalam Syurga"; (Hadis Muslim).

Abu Hurairah meriwayatkan, "Rasulullah S.A.W bersabda, "seorang munafik merasakan solat Insyak dan Subuh adalah solat yang paling berat untuk dilaksanakan. Namun, apabila mereka tahu betapa besarnya pahala apabila melakukan kedua-duanya, pasti mereka menunaikan secara berkumpulan walaupun dalam keadaan yang terlalu sukar", (Hadis Bukhari dan Muslim).